Tuesday, 1 May 2012

How I Met Everyone

How I Met : Ecah
Study konon. LOL

Siti Aishah. Kawan paling lama aku. We met in kindergarten. Taski Abim,Penghulu Him. Tak ingat dah macam mana mula-mula cakap. But then my most fond memory in kindergarten is, bila nak pergi toilet (since we were in taski) kena baca doa. So sekali ni pergi dengan Ecah la. Sampai depan toilet, londeh kain baju kurung tadika, baru baca doa. LOL. We met again in sekolah rendah, and the rest is history.

How I Met : Nana
Mohon teleng kepala tengok. LOL

Aida Sabrina. Sekolah rendah dah kenal minah ni. Tapi tak pernah rapat. Yang aku ingat dia pelat huruf R. (sorry for posting this) So basically dia panggil aku Miqa. =.,='' Hahaha. We became bestfriend during Form 4. Selalu buat benda pelik. Pergi CS lepas sekolah. Lepak sana-sini. Tengok wayang. Bergayut 2 3 jam. Magaddddd. Kami rapat sebab dua-dua kaki jalan, kaki lepak. Banyak memori dengan minah ni.

How I Met : Hazeeq
Sukahati lah aku nak letak gambaq mana pun

Hazeeq Yahaya. So aku kenal mamat ni dekat facebook. Dia kawan dengan minah senget (shikin). Kawan sekolah rendah kot. Time tuh nak dekat SPM so banyak la kot sembang pasal SPM. (ke dah lepas SPM?) I never actually met him, until masuk UiTM Penang. Aku Asasi Sains, dia Diploma Mechy Engine. Masa MDS(Minggu Destini Siswa) we were texting each other, bla bla bla. He's a stalker. Dia nampak aku , aku tak nampak dia. Until habis MDS baru aku jumpa dia.Which afterwards Asasian dah kena pindah ke Uitm Palam.

How I Met : Shikin
Tengok si senget perasan jadi Bella

Nur Ashikin. Actually aku tak perasan kewujudan dia until form 4. LOL. Sorry. Yang aku tau aku annoying dengan dia masa Form 4 sebab dia gelak mengilai. =.,=" End up aku satu geng dengan dia masa Form 5. Oh god why. Dia minah paling senget pernah aku jumpa. Kena tibai kat juboq, buat benda pelik-pelik, selekeh, semua dia. Hehehe. Tapi muka cun bhai. (Puji setelah kutuk)

How I Met : Maveeka
She's Siamese, and she's hot.

Maveeka Chanthrasuwan. I hope i spell it right. Hehehe. Kenal budak ni dari darjah 2. Kot? First aku tau pasal dia ni, aku rasa dia pelik. Nama pun pelik. Hahaha. Masa tuh konfius di a ni Siam ke Jepun (budak kecik tatau beza, jahil lagi) She famous, and start baik dengan dia masa tingkatan 3.

How I Met : K-own
Tak hensem pon.

Khairool Izlan. Yang aku ingat, Nana selalu sebut nama dia. K-own sana sini aku dengar masa form 4. Sampai la satu hari ni(masa form 4) team choral speaking kena buat persembahan dekat Ibrahim. So i went there with Nana. Masa nak pergi toilet (ke kantin?? terserempak lah dengan mamat ni. Nana lah tegur, aku mana kenal. Hahaha. Start kenal maa dia komen dekat pic aku n Nana dekat Putrajaya. Bestfriend since then.

How I Met : Nurin
Nurin sebelah kiri.
Nurin Elisha. Aku kenal dia dari Form 1. Yang aku tau dia budak baik. Sangkaan aku meleset bila aku start baik dengan dia masa Form 5. Gila. Dia ni tak betul macam Shikin jugak. Gereng-gereng dia. Goreng cekodok dengan Edward dia. Tah, aku tak paham dia ni. Muhong ja. Takdak baik aih. Konspirasi semata. Jangan percaya. Hahaha

How I Met : Fairuz
Ini paling comel :)

Fairuz Saiyida. Dia sekelas dengan aku masa darjah 6 kot? Yang aku tau dulu dia mai sekolah rambut kerinting ikat lawa-lawa. Geng port belakang kelas. Gelak kuat kemain. Hahahaha. Comey dia ni. Tulisan lawa. Serius lawa gila. Dulu masa main buku biodata memang shiok baca dia tulis apa. Lawak gila. Tak lupa jugak dia ni otak kuning legam. Serius. Tengah orang sembang dia boleh gelak gatai. Dia sorang ja paham lucah tuh. Hahahaha

How I Met : Irdina
Irdina Syazwani. Budak busuk ni kenal dari sekolah rendah. Dulu sekolah rendah budak nakai ni. Ish ish ish. yang aku tau dia dulu selalu buat jahat dekat Mavik. Yakah? Minat abang Zul kantin dia ni dulu. Hahahaha. I actually remember dia pernah cakap "hampa jangan kawan dengan dia, kalau dak kami tak kawan dengan hampa". LOL. Jahil der zaman sekolah rendah..

Wednesday, 7 March 2012

Overnight

Panggil lah aku liar.
Tapi overnight memang best.
Overnight dengan kawan-kawan kat i-City
nisa, imran, nana

i-City macam kampung kami dah.
selalu sangat p sana.
Ini overnight dengan abang pedoh.
Main tiang-tiang tau dekat i-City tuh.
U olls ade? 
belakang bukan hantu. itu ayun (abang pedoh)

Apa best dekat i-City?
Tak dak la roller coaster ka pa ka
Lampu ja banyak.
Maksiat pon.
Hahahahaha..
i-City ada snowalk. Tak best pon
Yang aku teringin tapi tak pernah pi ialah laser tag. mehehe..
kipas berlampu i-City

buruk muka aku

Lu mau langgar i-City?

Saya minat dia

mehehehehe..
xmau habaq sapa.
padan muka.
bye-bye~

UiTM Puncak Alam

Sekarang sini la tempat aku belajar, sebagai pelajar asasi sains.
Study tak payah cakap la susah, Mana ada benda senang pon dalam hidup.
Makan pon susah kena pakai duit. Berak pon susah tau kena teran. Pakai muscle tau.
mampu kau berak cenggini?
Jadah merepek.


Sini la uitm paling cantik aku rasa. Serius.
Uitm puncak alam, terpencil la jugak. Nak p shah alam mau sejam naik rapid( x rapid sgt pon)

Kampus belum siap pon, tapi dah perghh cun.
Lab bau kedai lagi. Semua baru.


Semua baru.
Kawan baru.
Rumah baru.
Kawan, aku tak sangka la jumpa sekepala kat sini.
Nisa, Art, Pedoh, Imran.

Senyum aku taip nama korang.
Hahaha.. terlalu banyak kalau nak cerita kan?
Next post arh!

Antara aku dan kamu.

Ada kenangan,
Ada impian,
Ada senyum,
Ada tangis.
Apa kau tahu pasal aku dalam setahun?
Apa aku belajar pasal kau dalam setahun?
Terlalu sedikit atau terlalu banyak?
Cukup untuk aku jadi sebahagian hidup kau?
Cukup untuk aku digelar sahabat?

KITA

Ingat waktu kita sama-sama senyum?
Ingat waktu kita sama-sama tidur dalam kuliah?
Ingat waktu aku jatuh dengan eventnya?
Ingat waktu kita sesat masa overnight jauh-jauh?
Ingat waktu kita tengok wayang hantu jerit-jerit?
Ingat kita lepak gym masa lepas bukak puasa?
Ingat sembang hati ke hati kita?
Ingat masa kita patahkan pemadam sebab masa exam tak cukup pemadam?
Ingat kita makan aiskrim 5 posen dekat pasar malam?
Ingat masa lepak kat macdonald?
Ingat zaman semua orang miskin, sama-sama support?
Ingat kita pergi malam asasi?
Ingat awak usha crush saya, saya usha crush awak?
Ingat kita bagi nickname dekat semua orang sebab senang nak gosip?
Saya ingat, saya ingat.
Memories for life, friends forever.
Kalau nak tulis, banyak lagi.
Apa kata awak pulak ingat? :)

Saturday, 3 March 2012

Kita Jumpa Di Sana

Sepanjang hidup ni mesti ada orang yang tak dikenali tolong kita, dan kita kadang-kadang tak tau macam mana nak balas pon.
Cerita aku, seorang abang dari degree physioterapi di uitm puncak alam (aku study sini), tolong hantar balik dari fakulti bawah tuh. Kalau nak tahu uitm kami ni nak naik kolej kena panjat 284 anak tangga. Huhuhu.. penatnya hanya tuhan saja yang tahu.
Kisah aku malam itu baru balik dari outing, hantar kereta sewa dekat fakulti bawah, lalu nak naik atas harus panjat tangga maut. Aku dengan nisa time tuh memang tak rela. Malam dah larut sangat orang pon takdak dah.
Tiba-tiba ada sorang laki baru turun dari kereta Citra, terkocoh-kocoh naik atas untuk pergi atm rasanya.
Bila dia turun, nisa bertekad mintak tolong.
Abang ni dah obvious sangat tengah kejar masa, tapi terima jugak. Dalam kereta, sembang macam kawan. Hahahaha..
ini aku curi sapa punya pon tatau

nampak tangga belakang tuh? oiii
Aku dengan nisa memang jatuh hati.
Selepas itu kami pernah berjumpa sekali dengan Abang Citra ni. Tapi tak sempat nak kenal lebih-lebih pon.
Entah dia ingat kami pon tak tau lah..
Tak terbalas budi, kita jumpa di akhirat ya bang? Allah nampak semua tuh, abang jangan risau.
-ABANG.CITRA-