Cerita aku, seorang abang dari degree physioterapi di uitm puncak alam (aku study sini), tolong hantar balik dari fakulti bawah tuh. Kalau nak tahu uitm kami ni nak naik kolej kena panjat 284 anak tangga. Huhuhu.. penatnya hanya tuhan saja yang tahu.
Kisah aku malam itu baru balik dari outing, hantar kereta sewa dekat fakulti bawah, lalu nak naik atas harus panjat tangga maut. Aku dengan nisa time tuh memang tak rela. Malam dah larut sangat orang pon takdak dah.
Tiba-tiba ada sorang laki baru turun dari kereta Citra, terkocoh-kocoh naik atas untuk pergi atm rasanya.
Bila dia turun, nisa bertekad mintak tolong.
Abang ni dah obvious sangat tengah kejar masa, tapi terima jugak. Dalam kereta, sembang macam kawan. Hahahaha..
ini aku curi sapa punya pon tatau
nampak tangga belakang tuh? oiii
Aku dengan nisa memang jatuh hati.Selepas itu kami pernah berjumpa sekali dengan Abang Citra ni. Tapi tak sempat nak kenal lebih-lebih pon.
Entah dia ingat kami pon tak tau lah..
Tak terbalas budi, kita jumpa di akhirat ya bang? Allah nampak semua tuh, abang jangan risau.
-ABANG.CITRA-


No comments:
Post a Comment