Wednesday, 7 March 2012

Overnight

Panggil lah aku liar.
Tapi overnight memang best.
Overnight dengan kawan-kawan kat i-City
nisa, imran, nana

i-City macam kampung kami dah.
selalu sangat p sana.
Ini overnight dengan abang pedoh.
Main tiang-tiang tau dekat i-City tuh.
U olls ade? 
belakang bukan hantu. itu ayun (abang pedoh)

Apa best dekat i-City?
Tak dak la roller coaster ka pa ka
Lampu ja banyak.
Maksiat pon.
Hahahahaha..
i-City ada snowalk. Tak best pon
Yang aku teringin tapi tak pernah pi ialah laser tag. mehehe..
kipas berlampu i-City

buruk muka aku

Lu mau langgar i-City?

Saya minat dia

mehehehehe..
xmau habaq sapa.
padan muka.
bye-bye~

UiTM Puncak Alam

Sekarang sini la tempat aku belajar, sebagai pelajar asasi sains.
Study tak payah cakap la susah, Mana ada benda senang pon dalam hidup.
Makan pon susah kena pakai duit. Berak pon susah tau kena teran. Pakai muscle tau.
mampu kau berak cenggini?
Jadah merepek.


Sini la uitm paling cantik aku rasa. Serius.
Uitm puncak alam, terpencil la jugak. Nak p shah alam mau sejam naik rapid( x rapid sgt pon)

Kampus belum siap pon, tapi dah perghh cun.
Lab bau kedai lagi. Semua baru.


Semua baru.
Kawan baru.
Rumah baru.
Kawan, aku tak sangka la jumpa sekepala kat sini.
Nisa, Art, Pedoh, Imran.

Senyum aku taip nama korang.
Hahaha.. terlalu banyak kalau nak cerita kan?
Next post arh!

Antara aku dan kamu.

Ada kenangan,
Ada impian,
Ada senyum,
Ada tangis.
Apa kau tahu pasal aku dalam setahun?
Apa aku belajar pasal kau dalam setahun?
Terlalu sedikit atau terlalu banyak?
Cukup untuk aku jadi sebahagian hidup kau?
Cukup untuk aku digelar sahabat?

KITA

Ingat waktu kita sama-sama senyum?
Ingat waktu kita sama-sama tidur dalam kuliah?
Ingat waktu aku jatuh dengan eventnya?
Ingat waktu kita sesat masa overnight jauh-jauh?
Ingat waktu kita tengok wayang hantu jerit-jerit?
Ingat kita lepak gym masa lepas bukak puasa?
Ingat sembang hati ke hati kita?
Ingat masa kita patahkan pemadam sebab masa exam tak cukup pemadam?
Ingat kita makan aiskrim 5 posen dekat pasar malam?
Ingat masa lepak kat macdonald?
Ingat zaman semua orang miskin, sama-sama support?
Ingat kita pergi malam asasi?
Ingat awak usha crush saya, saya usha crush awak?
Ingat kita bagi nickname dekat semua orang sebab senang nak gosip?
Saya ingat, saya ingat.
Memories for life, friends forever.
Kalau nak tulis, banyak lagi.
Apa kata awak pulak ingat? :)

Saturday, 3 March 2012

Kita Jumpa Di Sana

Sepanjang hidup ni mesti ada orang yang tak dikenali tolong kita, dan kita kadang-kadang tak tau macam mana nak balas pon.
Cerita aku, seorang abang dari degree physioterapi di uitm puncak alam (aku study sini), tolong hantar balik dari fakulti bawah tuh. Kalau nak tahu uitm kami ni nak naik kolej kena panjat 284 anak tangga. Huhuhu.. penatnya hanya tuhan saja yang tahu.
Kisah aku malam itu baru balik dari outing, hantar kereta sewa dekat fakulti bawah, lalu nak naik atas harus panjat tangga maut. Aku dengan nisa time tuh memang tak rela. Malam dah larut sangat orang pon takdak dah.
Tiba-tiba ada sorang laki baru turun dari kereta Citra, terkocoh-kocoh naik atas untuk pergi atm rasanya.
Bila dia turun, nisa bertekad mintak tolong.
Abang ni dah obvious sangat tengah kejar masa, tapi terima jugak. Dalam kereta, sembang macam kawan. Hahahaha..
ini aku curi sapa punya pon tatau

nampak tangga belakang tuh? oiii
Aku dengan nisa memang jatuh hati.
Selepas itu kami pernah berjumpa sekali dengan Abang Citra ni. Tapi tak sempat nak kenal lebih-lebih pon.
Entah dia ingat kami pon tak tau lah..
Tak terbalas budi, kita jumpa di akhirat ya bang? Allah nampak semua tuh, abang jangan risau.
-ABANG.CITRA-